MPPPU Motto

"Believe in what you do, do what you believe in"
"Desiring Success"



Friday, March 9, 2012

 Pada hari 8 March 2012 , Lawatan  Merentas Kurikulum telah diadakan oleh guru-guru daripada SMK Klang   di SMK Tinggi Kluang. Terdapat sebanyak 22 orang guru melibatkan diri dalam lawatan ini . Objektif lawatan ini adalah memberikan peluang kepada guru Tingkatan 6 untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan T6 yang lebih efisien dan meninjau tentang pelbagai pengurusan yang digunakan dalam sekolah untuk dicontohi . Selain itu , lawatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada guru-guru  T6 untuk berinteraksi dengan pentadbir dan guru-guru dari sekolah lain .Mereka bertolak ke SMK Tinggi Kluang pada pukul 7.00 pagi . Mereka sampai ke SMK Tinggi Kluang pada pukul 11.00 pagi .
Pada pukul 11.15 pagi , ucapan alu aluan telah diberikan oleh pihak SMK Tinggi Kluang kepada pelawat-pelawat . Seterusnya , taklimat dari pihak SMK Tinggi Kluang telah diberikan kepada mereka .
Selepas ini , pihak SMK Tinggi Kluang menjelaskan pengurusan Tingkatan 6 termasuk akademik , peperiksaan , kokurikulum , penyelidikan dan lain-lain .
Tambahan pula, ahli-ahli AJK MPPPU SMK Tinggi Kluang juga menjelaskan sejarah MPPPU di sekolah ini .


Malahan , pihak SMK Tinggi Kluang membawa mereka untuk melawat bilik-bilik khas seperti bilik galeri sejarah , bilik kuliah PRA-U , perpustakaan , bilik darjah PRA-U dan lain-lain .
Pada pukul 1.45 tengah hari , pelawat-pelawat makan makanan tengah hari .Penyampaian cenderamata oleh                                        
 pihak SMK Tinggi Kluang kepada pelawat-pelawat daripada SMK Klang .




1 comment: